Sesi perjumpaan diantara Ibubapa / Penjaga murid

KHAMIS, 19 JULAI 2012 - DEWAN SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Telah berlangsung sesi perjumpaan diantara Ibubapa / Penjaga murid bersama dengan guru-guru SPABSB. Perjumpaan diadakan dalam dua sesi. Sesi pagi dikhususkan buat murid-murid Tahun 5 sahaja, manakala di sebelah petang pula dikhususkan bagi murid-murid Tahun 6.




Perjumpaan membincangkan mengenai dengan keputusan penilaian kemajuan pelajar SBA (school based assessment) yang telah diperolehi sepanjang semester pertama iaitu (penggal 1 dan 2 persekolahan) dan juga markah keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang telah diadakan pada bulan Jun yang lalu.