Peraduan Membaca Rawi Sekolah-Sekolah Ugama dan Arab (Peringkat Saringan)

SABTU, 7 JULAI 2012 - MIB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Ust Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.

Peraduan dimulakan dengan 4 kumpulan dari kategori lelaki iaitu; Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Belait, Sekolah Arab Sungai Akar (Bangunan PGGMB) dan Sekolah Persediaan Arab Temburong.


Kemudian peraduan diteruskan lagi dengan 4 kumpulan dari kategori perempuan iaitu; Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan RIPAD, Sekolah Persediaan Arab Temburong dan Sekolah Arab Belait.

Sebelum keputusan peraduan diumumkan satu persembahan nasyid telah dipersembahkan oleh murid-murid daripada Tahun 6 SPABSB.



Hadir menyampaikan hadiah, Ketua Unit Ko-Kurikulum Bahagian Sekolah-Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam Ustazah Hjh Hamdiah bte Hj Md Salleh.

Berikut adalah keputusan peraduan:
Bahagian Lelaki
Ma'had Islam Brunei
SA Sg Akar (PGGMB)
SPA Temburong
SA Belait

Bahagian Perempuan
SPA Temburong
SUAMP RIPAD
SPA Bandar Seri Begawan
SA Belait