Peraduan Membaca Tahlil dan Doa Arwah Peringkat Saringan

KHAMIS, 28 JUN 2012 - MA'HAD ISLAM BRUNEI
Artikel dan Foto oleh Azwa

Peraduan Membaca Tahlil dan Doa Arwah merupakan aktiviti tahunan anjuran unit Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam. Pada tahun ini ianya di adakan di Surau Mahad Islam Brunei selaku tuan rumah peraduan.


Peraduan dimulakan dengan 4 kumpulan dari kategori lelaki iaitu; Mahad Islam Brunei, Sekolah Arab Belait, Sekolah Arab Sungai Akar (Bangunan PGGMB) dan Sekolah Persediaan Arab Temburong.

Peraduan berehat seketika untuk menikmati jamuan dan diteruskan semula dengan 4 kumpulan dari kategori perempuan iaitu; Sekolah Persediaan Arab BSB, Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan RIPAD, Sekolah Persediaan Arab Temburong dan Sekolah Arab Belait.



Berikut adalah keputusan peraduan tersebut;
Kategori Lelaki
MIB - 86.5%
SAB - 76%
SA Sg Akar (PGGMB) - 75.5%
SPAT

Kategori Perempuan
SPAT - 91.5%
SUAMP RIPAD - 90.5%
SPA BSB - 90%
SAB