Peraduan Melukis Poster

KHAMIS, 7 JUN 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Ajeerah / Khairulisa

Salah satu aktiviti yang diadakan setelah murid-murid selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun adalah Peraduan Melukis Poster yang dianjurkan oleh Mini Perpustakaan SPABSB.


Sebanyak 60 buah hasil lukisan poster yang bertajuk 'galakkan membaca' telah terpilih dan berjaya menerima hadiah yang disampaikan oleh Cikgu Dk Hjh Seriah Puspawati bte Pg Hj Yusof.



Pada masa yang sama juga murid-murid telah dikunjungi oleh rombongan seramai 17 orang yang terdiri daripada Pegawai dan Guru-guru Sekolah Kebangsaan Agama Datuk Haji Abdul Kadir Hassan, Kuching, Sarawak.