Aktiviti penutup penggal II persekolahan

SABTU, 9 JUN 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Fatin / Nabilah

Pada hari terakhir penggal II persekolahan, murid-murid dan guru-guru menutup sesi pembelajaran dan aktiviti penggal II dengan membaca Surah Yaasin beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Wahyuni bin Hj Mohd Mansor dan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Fakhirin bin Dato Paduka Hj Zainal

Acara diteruskan dengan penyampaian sijil dan hadiah kepada murid-murid dan guru-guru yang telah mengikuti aktiviti-aktiviti seperti SMSO Olympiad, bengkel Hybrid Learning and Teaching dan peraduan tulisan jawi.



Acara kemudiannya diikuti dengan sedikit taklimat mengenai pengalaman belajar dan pengalaman mengikuti pertandingan-pertandingan hafazan al-quran oleh kedua-dua mahasiswa daripada Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah Ustaz Mohd Wahyuni bin Hj Mohd Mansor dan Ustaz Mohd Fakhirin bin Dato Paduka Hj Zainal


Acara diakhiri dengan peraduan kuiz bahasa arab yang dikendalikan oleh guru-guru Latihan Mengajar daripada Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.