Sukan Ria dan Perasmian Baju Sukan Guru

KHAMIS, 10 MEI 2012 - PADANG DAN BALAPAN
Artikel oleh Fateen Photo oleh Azwa Crew

Pada tahun ini SPABSB telah mengadakan Sukan Ria bertempat di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah Berakas. Sebanyak 6 buah rumah Sukan yang terdiri daripada

Rumah Kemangsi (merah)
Rumah Mampalam (kelabu)
Rumah Kembayau (ungu)
Rumah Maritam (biru)
Rumah Kedundung (hijau)
Rumah Mambangan (coklet)

telah bertanding di dalam 11 acara Sukan yang telah dipertandingkan. Acara-acara tersebut berupa;



01) Lari 8 x 50 meter
02) Lari berhalangan I
03) Pasing gelas
04) Apek buta
05) Lari Skipping
06) Lari Berhalangan II
07) Lari berhalangan III
08) Lari berganti-ganti
09) Lari berhalangan guru
10) Membaling bola
11) Fun runners

Pembukaan rasmi bagi Sukan Ria dirasmikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip dan diselajurkan dengan perasmian baju sukan dan aktiviti ko-kurikulum bagi guru-guru SPABSB.


Diakhir acara Sukan Rumah Kedundung meraih gelaran Rumah Terbaik dan juara keseluruhan Sukan Ria disandang oleh Rumah Mampalam. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip.