Sembahyang Sunat Hajat dan Membaca Surah Yaasin

KHAMIS, 24 MEI 2012 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Sebagai persediaan untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun yang bermula tidak lama lagi, Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan membaca Surah Yaasin beramai-ramai bagi memohon keberkatan dan kejayaan di dalam menghadapi Peperiksaan.



Sembahyang Sunat Hajat berjemaah dan membaca Surah Yaasin telah diimamkan oleh Ketua Unit Kerohanian SPABSB Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Haji Hashim.

Acara diakhiri dengan murid-murid bersalam-salaman dengan guru-guru perempuan.