Lawatan Kemasyarakatan ke Pusat Bahagia Kg Pulaie

RABU, 14 MAC 2012 - PUSAT BAHAGIA PULAIE
Artikel oleh Ain Najiha, Photo oleh Evie

Seramai 50 orang yang terdiri daripada Guru Besar, guru pengawas dan murid-murid SPABSB telah mengadakan lawatan kemasyarakatan ke Pusat Bahagia, Kampong Pulaie.


Lawatan tersebut merupakan salah satu aktiviti kemasyarakatan anjuran Jabatan At Tarbiyyah Ad Diniyyah SPABSB. Murid-murid didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dilakukan setiap hari oleh Orang-orang yang berkeperluan Khas di Pusat berkenaan seperti bagaimana keadaan mereka belajar, memasak, mempelajari seni kraftangan, membuat songkok serta pakaian, mengurut dan mempelajari tulisan jawi.


Murid-murid juga menyaksikan bagaimana mereka yang mempunyai kurang penglihatan menggunakan buku dan peralatan khas yang dinamakan brail



Selepas menikmati jamuan ringan, murid-murid diberikan sedikit taklimat penerangan daripada Pegawai yang bertugas di Pusat Bahagia berkenaan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Haji Rashid.


Murid-murid SPABSB kemudiannya mempersembahkan dua persembahan berbentuk 'arabic coral speaking' dan persembahan tausyeh, manakala Pusat Bahagia pula mempersembahkan persembahan nasyid.

Sebelum beredar, Guru Besar SPABSB sempat menyempurnakan hadiah berupa alat-alat keperluan bagi Orang-orang yang berkeperluan khas dan murid-murid bergambar ramai sebagai tanda kenang-kenangan.