SELASA, 23 FEBRUARI 2012 - BSB
Artikel oleh Nur Ajeerah, Photo oleh Evie
23hb Februari 2012 adalah hari perhimpunan agung sempena Hari Kebangsaan Negara Brunei Darusalam yang ke 28 tahun dengan tema 'Negaraku Brunei Darussalam'. Upacara perhimpunan tersebut telah disertai oleh lebih 21,000 orang peserta perbarisan lalu dan kira-kira 7,700 orang terlibat dalam acara persembahan padang.
Sekolah Persediaan Arab juga tidak ketinggalan turut serta dalam menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke 28 pada tahun ini. Seramai 100 orang guru dan murid-murid telah terlibat sama mengibarkan bendera disepanjang Jalan Tutong bersama-sama dengan pelajar-pelajar sekolah lain bagi manyambut ketibaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam serta kerabat diraja menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar 'Ali Saifuddien di Bandar Seri Begawan, di mana acara kemuncak sambutan hari kebangsaan itu berlangsung.
Kemeriahan dan kegembiran terpancar di wajah-wajah murid walaupun cuaca panas ketika itu.