Lawatan ke Pusat Promosi Kesihatan

KHAMIS, 8 MAC 2012 - PUSAT PROMOSI KESIHATAN
Artikel dan Photo oleh Evie

Seramai 80 orang murid Tahun 5 dan Tahun 6 serta 8 orang guru pengawas telah membuat lawatan sambil belajar ke Pusat Promosi Kesihatan.  Murid-murid terlebih dahulu diberikan taklimat bertajuk “Membina Cara Hidup Sihat”, yang antara lain menyentuh mengenai permakanan sihat dan bahaya merokok .


Murid-murid kemudian dibawa ke Galeria Kesihatan untuk mempelajari dan mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai dengan amalan menjaga kesihatan, termasuklah cara penjagaan gigi, makanan seimbang, senaman, pertumbuhan janin dalam perut ibu dan sebagainya.



Lawatan diakhiri dengan ucapan terima kasih yang diwakili oleh Ketua Jabatan Pendidikan Jasmani, Cikgu Suryani binti Hj Rashid, dan penyampaian cenderahati kenang-kenangan kepada pihak Pusat Promosi Kesihatan.