Mini Sukan Ria

RABU, 1 FEBRUARI 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Photo oleh Evie

Aktiviti Ta'zizul Ukhuwah yang terakhir merupakan aktiviti Mini Sukan Ria yang telah dikendalikan sekali lagi oleh Unit Pendidikan Jasmani SPABSB. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman dan diikuti dengan aktiviti senam robik.

Murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan, dengan setiap kumpulan terdiri daripada 3 buah kelas gabungan Tahun 5 dan Tahun 6. Beberapa acara Mini Sukan Ria telah disediakan untuk murid-murid diantaranya ialah Passing Message, Relay Makan dan Memancing Tin, Lari Kereta Api dan Musical Chair