Aktiviti Jabatan Bahasa Inggeris

KHAMIS, 16 FEBRUARI 2012 - SPABSB
Artikel oleh Fatin, Photo oleh Evie

Aktiviti Treasure Hunt (Riddles) ini telah dianjurkan oleh Jabatan Bahasa Inggeris SPABSB. Aktiviti dijalankan di dua tempat berasingan iaitu: di Surau SPABSB dan Dewan Serbaguna SPABSB.



Aktiviti yang berlangsung di Surau SPABSB, murid-murid diuji dengan menjawab beberapa kertas soalan-soalan kuiz. Manakala acara yang mengambil tempat di Dewan Serbaguna pula, murid-murid dikehendaki menjawab soalan kuiz sebelum diarahkan untuk mencari benda tersembunyi yang dimaksudkan.



Acara diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang aktiviti yang disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip.