Aktiviti Minggu Ta'zizul Ukhuwah

KHAMIS, 26 JANUARI 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Photo oleh Evie

Aktiviti Ta'zizul Ukhuwah diteruskan lagi dengan aktiviti yang ke ketiga yang telah dikendalikan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling SPABSB. Aktiviti dijalankan di dua tempat berlainan; Tahun 5 di Surau SPABSB dan Tahun 6 di Dewan Serbaguna SPABSB.



Bagi Tahun 5, murid-murid diuji dengan semangat sepasukan apabila diarahkan untuk menyambung beberapa potongan tali sehingga menjadikannya seutas tali yang panjang dan kuat. Manakala aktiviti seterusnya pula, minda murid-murid diuji dengan ujian meleraikan kekusutan simpulan tali yang mengikat setiap kumpulan.



Acara yang mengambil tempat di Dewan Serbaguna pula, murid-murid Tahun 6 diarahkan untuk membentuk salah satu daripada 3 jenis peta minda berdasarkan kepada matapelajaran yang telah mereka pelajari.