Aktiviti Minggu Ta'zizul Ukhuwah

SABTU, 21 JANUARI 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Photo oleh Evie

Sebagai kesinambungan daripada Minggu Suai Kenal yang telah diadakan pada minggu yang lalu, pihak sekolah meneruskan lagi aktiviti dengan mengadakan Minggu Ta'zizul Ukhuwah yang bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahmi dikalangan Guru-guru dan Murid-murid.


Aktiviti pertama berupa acara Walkaton yang dikendalikan oleh Unit Pendidikan Jasmani yang bermula daripada perkarangan Sekolah menuju ke tempat letak kereta kawasan Kg Tamoi dan kembali semula ke Sekolah. Seramai 20 orang murid daripada Tahun 5 dan Tahun 6 yang berjaya sampai awal ke garisan penamat menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip.


Manakala aktiviti ke dua pula telah diadakan pada 24hb Januari 2012, Hari Selasa yang dikendalikan oleh Unit Ko-Kurikulum SPABSB. Aktiviti "Pencarian Khazanah" dibahagikan kepada Tahun 5 dan Tahun 6.


Seramai 11 orang sepasukan mewakili bagi setiap kelas Tahun 6, dan 13 orang sepasukan bagi kelas Tahun 5. Murid-murid dikehendaki menyelesaikan setiap tugasan dan soalan kuiz yang telah diberikan kepada setiap kumpulan.


Pemenang bagi acara Pencarian Khazanah tersebut:
Tahun 5: pertama - 5 Zhahabi, kedua - 5 Wardi dan ketiga - 5 Azraq
Tahun 6: pertama - 6 Burtuqali, kedua - 6 Azraq dan ketiga - 6 Ahmar