Pendaftaran Murid Baru Tahun 5 dan Minggu Suai Kenal Hari Pertama

KHAMIS, 5 JANUARI 2012 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Photo oleh Evie


SPABSB hari ini menerima kemasukan pendaftaran murid-murid baru tahun 5 yang mengikuti sesi pembelajaran 2012M/1433H. Seramai 270 orang murid telah berjaya dan terpilih untuk memasuki ke SPABSB. Acara dimulakan dengan sesi pendaftaran yang berlangsung di kelas masing-masing dan sesi taklimat yang diadakan disurau SPABSB. Bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim dan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip.


Majlis diselitkan dengan persembahan dalam bahasa arab oleh murid-murid Tahun 6 dan diikuti dengan taklimat ringkas daripada Guru-guru Kanan Pentadbiran, Akademik dan Asrama. 


Pada hari tersebut juga Ikrar Janji dibacakan oleh murid-murid baru Tahun 5 dengan diketuai oleh murid-murid Tahun 6. Manakala bagi murid-murid yang tinggal di asrama beredar ke asrama masing-masing bersama dengan ibubapa / penjaga selepas selesai majlis pendaftaran dan jamuan.


Pada hari pertama persekolahan, murid-murid sudahpun diagih-agihkan dengan beberapa buku teks oleh guru-guru pengawas buku teks sambil diawasi oleh guru kelas masing-masing. Pada pukul 12:30 tengahari murid-murid mula beredar ke dewan makan untuk menikmati jamuan tengahari dan seterusnya mendirikan sembahyang fardhu zuhur berjemaah. 


Pada sebelah petangnya pula sesi suai kenal diakhiri dengan murid-murid membuat pemilihan dan persiapan latihan untuk pertandingan nasyid yang bakal diadakan pada hari Sabtu 7 Januari 2012.