Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik

SABTU, 26 NOVEMBER 2011 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Di Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah berlangsung Majlis Penyampaian Hadiah Murid Terbaik bagi tahun 2011M/1432H. Hadir selaku tetamu kehormat ialah Ustazah Hjh Norjainah bte Hj Buntar Ketua Unit Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman, kemudian diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ustazah Rusidah bte Hj Talip Guru Besar SPABSB.

Pada majlis tersebut, Tetamu Kehormat telah menyampaikan hadiah kepada penerima-penerima hadiah bagi murid terbaik tahun 5 dan 6, murid cemerlang dalam matapelajaran akademik dan bahasa arab dan murid cemerlang yang memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan PSR.


Murid berjasa dianugerahkan kepada Nurkhairah Afiqah bte Metamit di atas penglibatan murid tersebut di dalam mengikuti aktiviti dalam dan luar sekolah sehingga terpilih mewakili Negara ke rancangan realiti tv 'adik-adikku' musim ke 3 di Kuala Lumpur.


Manakala Murid Mithali dianugerahkan kepada Yang Dipertua Penuntut tahun 2011 Rabiatul Adawiah bte Azman.

Pada majlis tersebut juga diselajurkan dengan penyampaian sijil penghargaan kepada wakil daripada pihak BIBD di atas sumbangan mereka yang berupa 10 unit penghawa dingin, tangki air dan alat projekter untuk keselesaan dan kegunaan pihak Sekolah.


Manakala penyampaian cenderahati kepada tetamu kehormat disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip.