Pertandingan Nasyid Murid-Murid Asrama

RABU, 2 NOVEMBER 2011 - SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie

Pada sebelah malam bertempat di Surau SPABSB telah berlangsung Pertandingan Nasyid di antara murid-murid asrama yang dianjurkan oleh Unit Hal Ehwal Pelajar bahagian Guru-guru asrama SPABSB.

Hadir selaku tetamu Khas majlis ialah Ustazah Hjh Norjainah binti Hj Buntar Ketua Unit Sekolah Arab Jabatan Pengajian Islam.



Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman dan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Talip.

Sebanyak 5 kumpulan mengikuti pertandingan tersebut dan keputusan pertandingan adalah seperti berikut;

1) Kumpulan Raudah (Blok D Bawah) - 89%
2) Kumpulan Ghaliah (Blok C Atas) - 85%
3) Kumpulan Mumtazah (Blok B Bawah) - 84%
4) Kumpulan Ibtisam (Blok D Atas) - 83.5%
5) Kumpulan Wardah (Blok C Bawah) - 83%

Penyempurnaan penyampaian hadiah disampaikan oleh Ustazah Hjh Norjainah bte Hj Buntar dan bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman.




Pameran Mahrajan Hafl Taharruj UNISSA

SABTU, 29 OKTOBER 2011 - SPABSB
Artikel oleh Rawiyah dan Foto oleh Evie

Seramai 40 orang murid berserta dengan 4 guru pengawas dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan lawatan ke Pameran bersempena dengan Hafl At-Takharruj Pesta Konvokesyen Pertama Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


 

 

Sewaktu lawatan, guru-guru dan murid-murid berpeluang mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali (UNISSA) seperti Aktiviti ECA dan Hal-ehwal Pelajar. Disamping itu juga turut dipamerkan ialah sejarah Hukum Kanun Islam dan bagaimana Syiar Islam dikembangkan di Negara ini.




Keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) pengambilan tahun 2012M/1433H

SELASA, 8 NOVEMBER 2011 – SPABSB


Keputusan Peperiksaan Pemilihan Calon ke Sekolah Arab (PCKSA) bagi pengambilan tahun 2012M/1433H sudahpun dikeluarkan pada hari ini dan boleh didapati daripada Bahagian Peperiksaan Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama.

Berikut adalah keputusan senarai calon-calon perempuan mengikut penempatan di Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan.


Borang Pendaftaran sudah boleh diperolehi dan tarikh akhir mengembalikan borang pendaftaran ialah pada 7 Disember 2011.




Hijri - Gregorian Date Converter
Today's Date: Thursday, 08/19/110
www.SearchTruth.com

Gregorian Calender
Month Day Year
Hijri/Islamic Calender
Month Day Year

Day of the Week: