PROFIL

LENCANA SEKOLAH
 
 
LATAR BELAKANG SEKOLAH




Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (SPABSB) terletak di Kilometer 02 Jalan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha berdekatan dengan Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.

Sekolah ini mula ditubuhkan pada tahun 1984 bagi menampung kemasukan murid-murid ke Sekolah Arab. Dari tahun 1984, sekolah ini ditadbir oleh seorang Ketua Guru sehingga ke akhir tahun 1996 di bawah pentadbiran Sekolah Ugama Arab Menengah Perempuan Raja Isteri Pengiran Anak Damit (SUAMPRIPAD).

Bermula dari 1 Januari 1997 sehinggalah ke hari ini Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah ditadbir oleh seorang Guru Besar di bawah pentadbirannya sendiri.

Sehingga ke hari ini Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan (SPABSB) mempunyai keramaian seramai 743 orang yang terdiri daripada guru-guru seramai 75 orang, 21 orang kakitangan dan murid-murid seramai 647 orang


MOTO

Ke arah kemuliaan dan ketinggian


VISI

Perintis kecemerlangan pendidikan bersepadu


MISI

Memberikan asas pendidikan duniawi dan ukhrawi yang berkualiti untuk berbakti kepada ugama, bangsa dan negara melalui sistem pendidikan negara yang berkualiti dan efektif


MATLAMAT

Membentuk warga sekolah yang berwawasan, berakhlak mulia dan berdaya saing berpandukan nilai-nilai islam


KERAMAIAN WARGA


Keramaian Tenaga Pengajar Tahun 1435H / 2014M

Guru Sekolah Arab (GSA) - 3 orang
Pegawai Pelajaran (PP) - 18 orang
Pegawai Pelajaran Ugama (PPU) - 28 orang
Penolong Pegawai Ugama (PPU) - 1 orang
Guru Ugama Terlatih (GUT) - 10 orang
Pegawai Pelajaran Bergaji Hari - 14 orang
Pegawai Pelajaran Ugama Bergaji Hari - 1 orang
Guru Sandaran - 1 orang

Keramaian Kakitangan Tahun 1435H / 2014M

Pegawai Asrama - 1 orang
Pegawai Kesejahteraan - 1 orang
Pembantu Kerani - 1 orang
Pembantu Perpustakaan - 1 orang
Pembantu Makmal - 1 orang
Tukang Masak - 6 orang
Tukang Masak Asrama - 2 orang
Tukang Masak (GH) - 2 orang
Tukang Kebun - 2 orang
Buruh (GH) - 1 orang
Pembersih - 2 orang
Pembersih (GH) - 1 orang

Keramaian murid-murid Tahun 1435H / 2014M

Tahun 5 Abyadh - 24 orang
Tahun 5 Ahmar - 23 orang
Tahun 5 Akhdar - 24 orang
Tahun 5 Azraq - 24 orang
Tahun 5 Asfar - 23 orang
Tahun 5 Burtuqali - 24 orang
Tahun 5 Banafsaji - 24 orang
Tahun 5 Bunni - 24 orang
Tahun 5 Ramadi - 24 orang
Tahun 5 Wardi - 24 orang
Tahun 5 Zhahabi - 23 orang
Tahun 5 Fiddhi - 24 orang
Tahun 5 Burunzi - 23 orang
Tahun 5 Fairuzi - 23 orang
Tahun 5 Zaituni - 23 orang
Jumlah Keseluruhan Murid Tahun 5 - 354 orang

Tahun 6 Abyadh - 22 orang
Tahun 6 Ahmar - 22 orang
Tahun 6 Akhdar - 22 orang
Tahun 6 Azraq - 22 orang
Tahun 6 Asfar - 23 orang
Tahun 6 Burtuqali - 23 orang
Tahun 6 Banafsaji - 23 orang
Tahun 6 Bunni - 23 orang
Tahun 6 Ramadi - 22 orang
Tahun 6 Wardi- 22 orang
Tahun 6 Zhahabi - 23 orang
Tahun 6 Fiddhi - 23 orang
Tahun 6 Burunzi - 23 orang
Jumlah Keseluruhan Murid Tahun 6 - 293 orang


RUTIN HARIAN

07:10 Pagi
Hari Selasa dan Hari Rabu
- Perbarisan dan Perhimpunan pagi
- Menaikkan bendera Kebangsaan
- Syarahan dalam Bahasa Arab / Inggeris
- Membaca doa sebelum belajar

Hari Isnin, Khamis dan Sabtu
- Syarahan dalam Bahasa Arab / Inggeris
- Membaca doa sebelum belajar
- Masuk ke Surau untuk membaca Surah Yaasin dan tajweed

07:30 – 10:00 Pagi   
Murid-murid mengikuti pembelajaran (5 Period)

10:00 – 10:30 Pagi
Waktu rehat

10:30 – 12:30 Petang
Murid-murid mengikuti pembelajaran (4 Period)

12:30 – 1:10 Petang
Makan tengahari

1:10 – 1:45 Petang
Menunaikan Sembahyang Fardu Zuhor berjemaah / membaca Surah Yaasin

1:45 – 2:00 Petang
Waktu rehat

2:00 – 3:30 Petang
Murid-murid mengikuti pembelajaran (3 Period)

3:30 – 3:50 Petang
Menunaikan Sembahyang Fardu Asar Berjemaah / membaca doa selepas belajar

4:15 Petang
Minum petang bagi murid-murid asrama

* Perbarisan pagi hanya diadakan pada setiap Hari Selasa dan Hari Rabu sahaja


MATAPELAJARAN YANG DITAWARKAN

Matapelajaran Teras (Ugama)
Al-Quran
Bahasa Arab
At Tarbiyah Ad Diniyah

Matapelajaran Teras (Umum)
Bahasa Melayu
English
Mathematics
Science
MIB

Matapelajaran Wajib
Social Studies
Khat
Amali Agama
ICT
Pendidikan Jasmani


dikemaskini pada 11 April 2014