Pameran Mahrajan Hafl Taharruj UNISSA

SABTU, 29 OKTOBER 2011 - SPABSB
Artikel oleh Rawiyah dan Foto oleh Evie

Seramai 40 orang murid berserta dengan 4 guru pengawas dari Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan lawatan ke Pameran bersempena dengan Hafl At-Takharruj Pesta Konvokesyen Pertama Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.


 

 

Sewaktu lawatan, guru-guru dan murid-murid berpeluang mengikuti aktiviti yang dijalankan oleh Universiti Islam Sultan Sharif 'Ali (UNISSA) seperti Aktiviti ECA dan Hal-ehwal Pelajar. Disamping itu juga turut dipamerkan ialah sejarah Hukum Kanun Islam dan bagaimana Syiar Islam dikembangkan di Negara ini.