Sesi Perkongsian Matematik Islam Adi Putra

SELASA, 8 NOVEMBER 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Azwa dan Foto oleh Evie


Di Surau SPABSB telah diadakan satu sesi perkongsian matematik yang disampaikan oleh Che Man seorang Eksekutif Pemasaran Muda di Annyss Herbs Sdn Bhd. Beliau juga turut mempromosikan sebuah buku sulung Adi Putra Abdul Ghani, 12 tahun, 'Seni Matematik Islam kaedah Adi Putra' yang mengandungi teori ciptaan Adi Putra mengenai kaedah belajar matematik secara santai. Buku setebal 200 halaman tersebut dijual dengan harga BND27.00 ke BND37.00 senaskhah.



Kepintaran Adi Putra mula mendapat perhatian pada tahun 2005 apabila dia pada waktu itu hanya berusia 5 tahun, memiliki kemahiran setaraf profesor matematik di Universiti.