Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahun 6

KHAMIS, 17 NOVEMBER 2011 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa


Seramai 160 murid yang telah berjaya menghabiskan bacaan 30 juzuk Al-Quran telah diraikan di Majlis Khatam Al-Quran bagi murid-murid Tahun 6 SPABSB.


Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Ustazah Dr Hjh Masnon binti Hj Ibrahim Ra'es Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan. Ketibaan tetamu kehormat diiringi dengan pukulan hadrah dari kumpulan Hadrah SPABSB.



Majlis dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah beramai-ramai yang diketuai oleh Tetamu Kehormat majlis dan diikuti dengan bacaan Doa sebelum membaca Al-Quran oleh murid-murid Khatam Al-Quran yang diraikan.

Bacaan Doa Khatam Al-Quran dibacakan oleh Dk Farhanah binti Pg Zaini murid dari Tahun 6 Bunni, manakala bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah.