Lawatan ke Pusat Penemuan Minyak dan Gas (OGDC)

SELASA, 22 NOVEMBER 2011 - OGDC
Artikel oleh Razanah dan Foto oleh Evie

Beberapa orang murid daripada Tahun 6 dan guru pengawas SPABSB telah mengadakan aktiviti lawatan sambil belajar ke Pusat Penemuan Minyak & Gas ( OGDC ), Seria yang telah dikendalikan oleh Jabatan Sains SPABSB.


Rombongan lawatan tiba di Pusat Penemuan Minyak & Gas kira-kira jam 9 pagi.

Sambil melihat pameran-pameran yang sedia ada, murid-murid juga dilibatkan dengan aktiviti menarik yang diadakan di pusat tersebut seperti membuat helmet keselamatan secara berkumpulan.


Murid-murid juga tidak melepaskan peluang untuk mencuba beberapa permainan yang terdapat di pusat tersebut seperti Mind Ball, Bed of Nails, Reaction Tester, T or Tree, Linked Links, Mirror Writer, Tower of Hanoi, Pullers' Chairs dan sebagainya.