Pertandingan Kuiz Mata Pelajaran PSR Peringkat Akhir

ISNIN, 22 SEPTEMBER 2011 - Dewan Serbaguna SPABSB
Artikel oleh Sakinah dan Foto oleh Evie

Bertempat di Dewan Serbaguna Sekolah Persediaan Arab, BSB telah diadakan Pertandingan Kuiz peringkat akhir bagi mata pelajaran PSR.


Dua buah sekolah berentap diperingkat akhir diantara Sekolah Menengah Arab Laki-Laki Hassanal Bolkiah (peringkat bawah) dan Sekolah Persediaan Arab BSB.

Peserta-peserta dari SMALHB (peringkat bawah) terdiri daripada;
1) Muhd Syahmi Aiman bin Hj zulhazmi.
2) Awg Mohd Farhan bin Alim
3) Mohd Iman Ihsanuddin bin Hj Shahruddin
4) Ahmad Zakwan bin Hj Mohd Salleh. (peserta simpanan)


Manakala peserta-peserta daripada SPABSB ialah;
1) Nurzafirah binti Jailani
2) Ummi Hani Nabilah binti. Hj Nuruddin
3) Nurmahirah binti. Masli
4) Nur 'Aqilah binti. Mohd Norazmi. (peserta simpanan)

Hadir selaku tetamu khas, Yang Mulia Ustazah Hajah Sinega binti Haji Swadi, Ketua bahagian instituasi Pengajian Jabatan Pengajian Islam,Kementerian Hal Ehwal Ugama.


Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Mohd Hashim dan Ucapan alu-aluan daripada Guru Besar Sekolah Persediaan Arab, BSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip.


Pertandingan dijuarai oleh Sekolah Persediaan Arab BSB dan penyempurnaan hadiah dan sijil disampaikan oleh tetamu khas majlis Ustazah Hajah Sinega binti Haji Swadi.

Sebelum menutup majlis bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimudin bin Pg Hj Mohd Hashim.

Manakala bertempat di Surau SPABSB pula telah berlangsung aktiviti membuat kad ucapan Hari Guru bagi murid-murid Tahun 5.