Majlis Bersungkai, Tahlil dan Sembahyang Terawih

RABU, 8 OGOS 2011 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bertempat di Surau SPABSB telah di adakan majlis bersungkai bersama-sama dengan para pegawai-pegawai dan kakitangan daripada Jabatan Pengajian Islam, guru-guru SPABSB dan murid-murid asrama SPABSB.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman yang seterusnya diikuti dengan bacaan Takhtim dan Tahlil Arwah.


Sebelum menikmati juadah berbuka puasa yang diadakan di kelas-kelas Tahun 5, para jemputan mendirikan Solat Fardhu Maghrib berjemaah yang juga diimamkan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.



Selesai berbuka puasa, majlis kemudiannya diteruskan dengan mendirikan Solat Fardhu Isya' berjemaah, Solat Sunat Terawih dan Witir yang diimamkan oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah.