Saringan Peraduan Membaca Tahlil dan Doa Arwah

RABU, 30 JULAI 2011 - DEWAN SUAMP RIPAD
Artikel dan Foto oleh Azwa

SUAMP RIPAD telah mengendalikan satu pertandingan Membaca Tahlil dan Doa Arwah kelolaan Ko-Kurikulum Jabatan Pengajian Islam yang bertujuan untuk mencari wakil daripada sekolah-sekolah arab yang akan mengikuti pertandingan diperingkat Negara.


Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa oleh Ustaz Hj Abdullah bin Hj Sahat. Sebanyak 3 buah kumpulan lelaki dan 4 buah kumpulan perempuan telah bertanding pada hari tersebut.


Diakhir pertandingan tersebut, keputusan telah dibacakan oleh Ustaz Awg Mohd Zul'izzi bin Awg Tengah dan ianya adalah seperti berikut;

Kategori Lelaki
1) Ma'had Islam Brunei
2) Sekolah Arab Belait
3) Sekolah Persediaan Arab Temburong

Kategori Perempuan
1) SPABSB
2) Sekolah Arab Belait
3) Sekolah Persediaan Arab Temburong
4) SUAMP RIPAD


Penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta-peserta dan hakim-hakim jemputan disempurnakan oleh Pengetua SUAMP RIPAD Ustazah Dyg Hjh Sarimah binti Awg Hj Ahmad.