Persembahan Acara Pentas Perayaan

RABU, 26 JULAI 2011 - PENTAS PERAYAAN BSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bertempat di Pentas Perayaan Bandar Seri Begawan telah berlangsung persembahan malam bercorak keugamaan kelolaan Jabatan Pengajian Islam. Murid-murid daripada SPABSB bersama dengan SMALHB (rendah atas), SUAMP RIPAD dan tenaga pengajar IRK, Menengah dan Vokesyenal telah sama-sama membuat persembahan pada malam tersebut.



Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman. SPABSB mempersembahkan 2 persembahan berupa Bacaan Rawi dan Lakonan dalam bahasa arab.



Manakala SUAMP RIPAD, SMALHB (rendah atas) dan tenaga pengajar IRK, Menengah dan Vokesyenal masing-masing mempersembahkan Deklimasi Sajak 3 Bahasa, Persembahan Hadrah, Tausyeh, Nasyid dan Lakonan dalam bahasa melayu.