Majlis Khatam Al-Quran sempena Hari Keputeraan KDYMM ke 65 Tahun

RABU, 20 JULAI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Haneezah dan Foto oleh Razanah

Bersempena dengan Hari Keputeraan KDYMM ke 65 Tahun, SPABSB telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran bertempat di Surau SPABSB.



Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rudyman bin Pengarah Hj Abdullah dan diikuti dengan bacaan Al-Quran 30 juzuk mengikut kumpulan masing-masing. Bacaan Doa Peliharakan Sultan telah dibacakan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Awg Hj Duraman.



Acara seterusnya diikuti dengan bacaan Takhtim oleh guru-guru dengan bacaan Surah Al-Fatihah diketuai oleh Ustazah Rusidah binti Hj Talip Guru Besar SPABSB yang seterusnya mengagihkan bunga telur kepada murid-murid dan guru-guru. Manakala bacaan Doa Khatam Al-Quran telah dibacakan oleh Ustaz Pengiran Haji Mohd Hakimuddin bin Pg Haji Hashim.


Di akhir majlis murid-murid dibekalkan dengan 'campur' berupa makanan dan minuman sumbangan daripada pihak sekolah.