Program Motivasi PSR 2011

RABU, 28 JULAI 2011 - SPABSB
Artikel oleh Azwa Foto oleh Evie

SPABSB telah mengadakan program motivasi PSR bagi murid-murid Tahun 6 yang dikendalikan bersama oleh guru-guru Bimbingan dan Kaunseling SPABSB bersama dengan Cikgu Emran bin Hj Abd Rani Guru Bimbingan dan Kaunseling di Jabatan Pengajian Islam.



Acara dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip dan diikuti dengan senam robik. Murid-murid dan guru-guru pembimbing yang dilantik dibahagikan kepada 8 kumpulan mengikut warna masing-masing, iaitu;



Kumpulan Cemerlang (merah jambu), kumpulan Gemilang (putih), kumpulan Yakin (hijau), kumpulan Karisma (biru), kumpulan Cekap (ungu), kumpulan Aktif (hitam), kumpulan Bijak (merah) dan kumpulan Wawasan (kelabu)



Beberapa aktiviti telah disusun mengikut objektif keperluan program motivasi tersebut diantaranya; senam robik (kecergasan fizikal tubuh badan), senam minda (kecergasan berfikir), apek buta (keperluan rakan pembimbing), tugasan sekeping kertas (hemah berfikir), bersatu teguh bercerai roboh (semangat berpasukan), membina ayat motivasi (semangat berpasukan) dan lain-lain lagi.


Diakhir program kumpulan Karisma dinobatkan sebagai 'Kumpulan Terbilang' dan menerima piala yang disampaikan oleh Ustazah Rusidah binti Hj Talip Guru Besar SPABSB.