Aktiviti Jabatan Matematik

SELASA, 19 JULAI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Sakinah dan Foto oleh Azyan

Bertempat di Surau SPABSB pada sebelah petang, telah diadakan aktiviti Kuiz Matematik yang telah dijalankan oleh Jabatan Matematik. Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dan dipengerusikan oleh Cikgu Rosdiana binti Awg Tengah.



Soalan Kuiz Matematik dibahagikan kepada 3 bahagian; soalan untuk Tahun 5 sahaja, Tahun 6 sahaja dan Soalan Bonus untuk Tahun 5 dan 6. Pemenang dipilih daripada murid-murid yang cepat menjawab dan memberikan jawapan yang betul.



Aktiviti Kuiz Matematik diakhiri dengan bacaan Surah Asr beramai-ramai.