Aktiviti Jabatan Bahasa Arab II

ISNIN, 12 JULAI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Adilah dan Foto oleh Razanah

Aktiviti Jabatan Bahasa Arab disambung lagi pada hari kedua dengan menyaksikan setiap rumah mempersembahkan lakonan dalam bahasa arab. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya. 



Aktiviti pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh Ustazah Martiniwati binti Haji Ahmad dan dihakimi oleh Ustaz Pengiran Hj Mohd Hakimuddin bin Pengiran Haji Hashim, Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman dan Cikgu Irma Suriani binti Hj Metussin.



Sebanyak 6 buah Rumah mempamerkan lakonan bahasa arab masing-masing yang menarik. Juara pertandingan lakonan dalam bahasa arab dimenangi oleh Rumah Ruby yang bertajuk 'di dalam bilik darjah' dan akan bakal mempersembahkan lakonan mereka sekali lagi di pentas perayaan sempena ulangtahun hari keputeraan KDYMM Sultan ke 65 tahun pada 26 julai ini nanti.



Tempat kedua dimenangi oleh Rumah Amber dengan lakonan mereka 'seorang peladang yang soleh' dan diikuti dengan Rumah Sapphire 'kehidupan seharian'. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya.