Sambutan Isra' dan Mikraj dan Pertandingan Tausyeh

SABTU, 2 JULAI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Adilah dan Foto oleh Razanah

SPABSB telah mengadakan sambutan Isra' dan Mikraj dan diselajurkan dengan Pertandingan Tausyeh antara Sekolah-Sekolah Arab yang berlangsung di Surau SPABSB.

Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Awg Duraman. Ceramah Isra' dan Mikraj telah disampaikan oleh penceramah undangan daripada Pusat Dakwah Islamiah Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawee.

Ustaz Hj Anwari bin Hj Rawee
Majlis diteruskan dengan Pertandingan Tausyeh yang menyaksikan hanya dua penyertaan daripada SUAMPRIPAD dan SPABSB.



Majlis kemudiannya diikuti dengan pengumuman pemenang-pemenang kuiz Isra' dan Mikraj, aktiviti perpustakaan dan Pertandingan Tausyeh. Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah Binti Hj Talip.


SUAMPRIPAD menjuarai Pertandingan Tausyeh tersebut dan majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada hakim-hakim jemputan dan penceramah undangan.