Majlis Penghargaan dan Mengenang Jasa

AHAD, 10 JULAI 2011 - AIRPORT RESTAURANT
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bertempat di RBC Airport Restaurant, Berakas para pegawai-pegawai, guru-guru serta kakitangan SPABSB telah mengadakan satu majlis penghargaan dan mengenang jasa bagi guru-guru dan kakitangan yang pernah berkhidmat di SPABSB.


Mereka yang diraikan ialah Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad, Ustazah Hjh Norainun binti Hj Samsu, Ustazah Hjh Tetty Hasrina binti Hj Pungut, Cikgu Hjh Masni bte Hj Yusof dan kakitangan Sekolah.

Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip
Majlis didahulukan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid dan ucapan alu-aluan daripada Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Hj Talip.

Mantan Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad
Kemudian majlis diikuti dengan ucapan daripada Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad wakil daripada yang diraikan yang juga merupakan Bekas Guru Besar SPABSB.



Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah, plak cenderahati beserta sijil yang disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB. Sambil menikmati jamuan, para jemputan ditayangkan dengan rakaman video ucapan penghargaan dan persembahan yang dipersembahkan oleh murid-murid SPABSB. Bagi menyemarakkan lagi majlis pada hari tersebut aktiviti kuiz dan tambahan nilai kredit percuma juga telah diadakan.