Aktiviti Jabatan Bahasa Arab

ISNIN, 11 JULAI 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Syasya Foto oleh Nuriwani

Jabatan Bahasa Arab telah mengadakan aktiviti kuiz bahasa arab diantara rumah-rumah Sukan. Setiap rumah menghantarkan wakil seramai 4 orang peserta yang mana 2 org murid terdiri daripada tahun 5 dan 2 orang murid daripada tahun 6.



Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dibacakan oleh Ustaz Azman bin Hj Jaya. Aktiviti kuiz bahasa arab telah dipengerusikan oleh Ustazah Hjh Fardous Ahmed Mohammed Gad.



Juara pertandingan kuiz telah dimenangi oleh Rumah Amethyst, diikuti dengan Rumah Amber dan Rumah Ruby. Aktiviti diakhiri dengan bacaan Surah Al-Asr beramai-ramai.