Sukan Ria 2011

ISNIN, 6 JUN 2011 - PADANG KEBAJIKAN BERAKAS
Artikel dan Foto oleh Azwa Crew


Sekolah Persediaan Arab Bandar Seri Begawan telah mengadakan Sukan Ria bertempat di Padang Kebajikan Sukan Berakas pada hari terakhir penggal kedua persekolahan. Ianya juga merupakan salah satu aktiviti bagi murid-murid setelah selesai menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011.
 

aksi murid-murid lari ketam
 Acara dimulakan dengan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam dan diikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Ketua Guru Pendidikan Jasmani SPABSB Cikgu Dk Evielydia Nora Azizah bte Pg Kiply. Pembukaan acara Sukan Ria kemudiannya dirasmikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah bte Hj Talip dan bacaan Doa Selamat oleh Ustaz Khairul Alimin bin Hj Rashid.

acara guru-guru lelaki apek buta
acara guru-guru perempuan lari ketam
Acara dimulakan dengan sesi senam robik dan diikuti dengan beberapa acara sukan ria dan penyampaian hadiah. Tahun ini guru-guru dan murid-murid telah dibahagikan kepada 6 buah rumah sukan iaitu; Ruby (merah), Sapphire (biru), Emerald (Hijau), Diamond (Kelabu), Amethyst (Ungu) dan Amber (Coklet). Juara keseluruhan dimenangi oleh Rumah Diamond yang diketuai oleh Ustazah Alimaswati bte Damong Hj Omarali.

Juara Sukan Ria 2011 Rumah Diamond