Taklimat Pengakuan Pelajar

KHAMIS, 21 APRIL 2011 - SPABSB
Artikel dan Foto oleh Azwa

Bertempat di Dewan Serbaguna SPABSB, para pegawai dan guru-guru telah mengikuti satu taklimat pengakuan pelajar yang telah disampaikan oleh Cikgu Haji Mohd Mansor bin Haji Samat dari Unit Pengakuan Pelajar Jabatan Sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan.


Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Hj Azahari bin Haji Metali dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Haji Rashid.


Tujuan taklimat diadakan ialah untuk memberikan pengetahuan kepada guru-guru mengenai tatacara penerimaan kemasukkan murid ke Sekolah ini dengan mengikut peraturan yang telah ditetapkan khusus dari Unit Pengakuan Belajar.


Taklimat diakhiri dengan sesi soal jawab dan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan.