Lawatan ke Pameran Kempen Promosi Kesihatan

KHAMIS, 28 APRIL 2011 - PUSAT PROMOSI KESIHATAN
Artikel oleh Sakinah, Foto oleh Evie

Bersempena dengan Majlis Pelancaran Blueprint Promosi Kesihatan 2011-2015 dan Kempen Promosi Kesihatan yang bermula pada hari Rabu, 20 April 2011 hingga 9 Mei 2011, seramai 138 orang murid-murid daripada Tahun 5 dan 6 yang terpilih bersama dengan 10 orang guru pengawas mengadakan lawatan ke Pameran Kempen Promosi Kesihatan tersebut yang bertempat di Atrium, Pusat Promosi Kesihatan, Kementerian Kesihatan, Jalan Menteri Besar, Commonwealth Drive.



Pameran tersebut mengandungi banyak maklumat mengenai Blueprint Promosi Kesihatan, program-program promosi kesihatan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan dan hospital-hospital swasta yang berkaitan. Beberapa petak-petak yang didirikan menyalurkan info mengenai diabetis, penyakit jantung, kanser, program kawalan tembakau dan lain-lain.