Bengkel Motivasi "Cemerlang Diri Cemerlang Organisasi"

KHAMIS & SABTU, 28-30 APRIL 2011 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie

Bengkel Motivasi "Cemerlang Diri Cemerlang Organisasi" telah diadakan di SPABSB selama dua hari yang telah disampaikan oleh penceramah undangan Cikgu Emran bin Haji Abd Rani.


Sasaran bengkel tersebut ialah kakitangan sekolah SPABSB yang mana bertujuan diadakan ialah untuk memberikan pengetahuan secara mendalam kepada kakitangan mengenai dengan etika kerja dan kecemerlangan diri di dalam melaksanakan pekerjaan.



Bengkel dipengerusikan oleh Cikgu Hj Azahari bin Haji Metali dan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Khairul Alimin bin Haji Rashid.


Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil penyertaan kepada peserta-peserta bengkel kakitangan sekolah yang telah disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Rusidah binti Haji Talip.