RABU, 17 MAC 2011 - SERASA
Artikel oleh Nuriwani, Foto oleh Evie & Alya Farhanah
Artikel oleh Nuriwani, Foto oleh Evie & Alya Farhanah
Pada hari terakhir penggal pertama persekolahan, SPABSB telah mengadakan aktiviti senam robik dan walkaton.
Aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi dan menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam. Seterusnya bacaan Doa Selamat dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim. Sesi senam robik tersebut telah dipimpin oleh Keke Indriani pemudahcara dari Diva Fitness.
Setelah aktiviti senam robik, murid-murid berehat seketika untuk minum sebelum melakukan aktiviti walkaton sepanjang 2 kilometer yang bermula dari perkarangan sekolah menuju ke tempat letak kereta kampong tamoi dan berpusing semula menuju ke Sekolah.
Murid-murid juga mengadakan jamuan di kelas masing-masing pada hari tersebut dan sebelum meninggalkan sekolah murid-murid mengadakan kempen kebersihan membersihkan kelas masing-masing.