Perjumpaan Ibubapa / Penjaga Murid

KHAMIS, 4 APRIL 2011 - SPABSB
Artikel oleh Haneezah, Foto oleh Azwa Crew


Bertempat di SPABSB telah berlangsung perjumpaan Ibubapa / Penjaga murid dengan guru-guru yang bermula pada pukul 2:00 petang. Perjumpaan tersebut diadakan untuk memperlihatkan pencapaian dan kemajuan murid setelah menjalani Ujian Pertama yang berlangsung pada bulan Mac yang lalu.


Perjumpaan Ibubapa / Penjaga murid dengan guru-guru diadakan dikelas masing-masing manakala bagi perjumpaan dengan guru-guru subjek pula diadakan di Dewan Serbaguna SPABSB. Perjumpaan tersebut berakhir kira-kira pada pukul 4:30 petang.