Lawatan ke Pusat Pengurusan dan Pemuliharaan Penyu

RABU, 16 MAC 2011 - SERASA
Artikel oleh Rawiyah, Foto oleh Mas Farhah & Evie

Seramai 48 orang prefek Tahun 5 dan 6 beserta dengan guru-guru pengawas dan tenaga pengajar daripada Jabatan Sains SPABSB mengikuti lawatan ke Pusat Penjagaan dan Pemuliharaan Penyu bertempat di Kampong Serasa.


Rombongan mula-mula diberikan penerangan dan taklimat ringkas yang disampaikan oleh Pegawai Perikanan Sheikh Hj Al'Idrus bin Sheikh Hj Nikman yang menjelaskan tentang fungsi dan cara-cara pengurusan Pusat berkenaan.


Rombongan seterusnya melihat beberapa jenis pameran 'batu karang' yang terdapat di perairan brunei.


Murid-murid kemudiannya menyaksikan 3 jenis 'penyu' yang terdapat di Negara ini iaitu; penyu lipas, penyu kangkam dan penyu sisik dengan lebih dekat lagi. Murid-murid juga sempat menyaksikan aktiviti ketika memberi makanan kepada penyu tersebut.



Hasil daripada lawatan tersebut sedikit sebanyak murid-murid dan guru-guru telah memperolehi ilmu pengetahuan dan kesedaran mengenai kepentingan melindungi penyu-penyu yang dianggap sebagai spesis yang terancam.