ISNIN, 4 APRIL 2011 - SPABSB
Artikel oleh Rawiyah, Foto oleh Nur Hanani Al
Artikel oleh Rawiyah, Foto oleh Nur Hanani Al
SPABSB hari ini telah mengadakan ceramah motivasi bertempat di Surau SPABSB. Ceramah tersebut khusus bagi murid-murid Tahun 6 yang bakal menghadapi peperiksaan PSR pada tahun ini.
Ceramah diadakan selama 2 hari dan murid-murid Tahun 6 dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu; kumpulan pertama terdiri daripada murid-murid Tahun 6 Abyadh hingga Tahun 6 Banafsaji.
Manakala kumpulan 2 terdiri daripada murid-murid Tahun 6 Bunni hingga 6 Burunzi yang mengikuti ceramah motivasi tersebut pada 9 April 2011 Hari Sabtu.
Ceramah motivasi bertajuk "Studi Smart" mengandungi tips-tips persediaan sebelum menghadapi peperiksaan seperti; doa, usaha, istiqamah dan tawakkal telah disampaikan oleh Guru Bimbingan dan Kaunseling Cikgu Emran bin Hj Abd Rani.
Semoga dengan ceramah motivasi ini murid-murid akan dapat memperolehi pengajaran yang berguna dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan PSR yang akan datang.