Riadah di Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar

RABU, 15 MAC 2011 - JERUDONG
Artikel oleh Adilah, Foto oleh Azwa Crew

Salah satu aktiviti yang diadakan oleh SPABSB setelah selesai Ujian Penilaian Pertama ialah aktiviti riadah bertempat di (Arena) kawasan lapang Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar.


Aktiviti tersebut telah dikendalikan bersama oleh bahagian Ko-Kurikulum dan Unit Sukan SPABSB. Aktiviti dimulakan dengan perbarisan pagi dan menyanyikan lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam, kemudian diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat yang telah dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim.




Aktiviti Riadah diisikan dengan pelbagai acara Sukan Ria yang menarik seperti larian ikat kaki, maze puzzle, memakan buah limau, meniup belon hingga pecah, larian tutup mata dan sebagainya yang disediakan khas buat murid-murid dan juga guru-guru.



Pemenang-pemenang aktiviti tersebut menerima hadiah yang disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad. Sebelum beredar meninggalkan Taman Rekreasi Hutan Bukit Shahbandar, murid-murid dan guru-guru berkerjasama membersihkan kawasan tersebut.