Majlis Pengagihan Bendera Kecil (Meja)

14 FEBRUARI 2011, ISNIN - SUAMPRIPAD
Artikel oleh Azwa, Foto oleh Evie & Azwa

Di perkarangan SUAMPRIPAD telah berlangsung Majlis Pengagihan Bendera-Bendera Kecil Kepada penuntut-penuntut Sekolah Menengah dan Rendah Seluruh Negara bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Kali Ke 27 Bagi Tahun 1432H/2011M


Ianya melibatkan murid-murid daripada Tahun 5 dan 6 SPABSB dan murid-murid Tahun 7 SUAMPRIPAD. Majlis diungkayahkan oleh Jabatan Pengajian Islam, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam
Tetamu Kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia Awg Haji Ismail bin Pehin Orang Kaya Pekerma Setia Dato Paduka Haji Hashim, Timbalan Setiausaha Tetap Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan bersama diiringi dengan Yang Mulia Pengiran Hj Anuar Bin Pengiran Seri Indera Pengiran Haji Ismail, Pegawai Pentadbir Kanan di Kementerian Hal Ehwal Ugama bersama-sama dengan guru-guru, pegawai dan murid-murid menyanyikan lagu kebangsaan Negara Brunei Darussalam.



Majlis diikuti dengan bacaan Doa Selamat yang dibacakan oleh Ustaz Ali Mohamed Moustafa Ali Elsaghir dan ucapan daripada Pengerusi majlis, Pemangku Pengarah Jabatan Pengajian Islam, Yang Mulia Ustazah Hjh Asmah binti Hj Randah


Majlis seterusnya menyaksikan upacara pengagihan bendera-bendera kecil (meja) kepada penuntut-penuntut dua buah sekolah arab yang disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Majlis.