Lawatan ke Pesta Buku Brunei 2011

ISNIN, 28 FEBRUARI 2011 - I.C.C BERAKAS
Artikel oleh Nur Hanani, Foto oleh Azwa Crew


Murid-murid daripada SPABSB telah mengadakan lawatan selama 2 hari ke Pesta Buku Brunei 2011 yang telah berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. Pesta Buku tersebut telah dibukakan bagi kunjungan orang ramai bermula dari 26 Februari sehingga 7 Mac 2011



Buku Adalah Masa Depan adalah tema bagi Pesta Buku Brunei bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke-27 Tahun dan Sambutan Jubli Emas Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka (1961-2011).


Selain aktiviti-aktiviti seperti peraduan mewarna lukisan, kuiz umum, peraduan mari bercerita dan Mendeklamasi sajak merdeka bagi kanak-kanak dan muda-mudi, Pesta Buku Brunei 2011 turut dimeriahkan dengan kewujudan "Bilik Hantu" dan "Taman Satu Masa Dahulu".