English Spelling Bee Competition

14 FEBRUARI 2011, ISNIN - SURAU SPABSB
Artikel oleh Azyan Wina, Foto oleh Adilah

Jabatan bahasa Inggeris SPABSB telah mengadakan aktiviti 'Spelling Bee Competition' bertempat di Surau SPABSB. Seramai 24 murid mewakili bagi setiap kelas Tahun 5 dan 6 telah mengikuti aktiviti tersebut.

salah seorang peserta daripada Tahun 5
Aktiviti dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman dan dipengerusikan oleh Cikgu Liyana bte Hj Majid.

Miza Razana bte Awg Mohhaimim ketika dinobatkan sebagai juara
Pemenang aktiviti 'Spelling Bee Competition' disandang oleh Miza Razana bte Awg Mohhaimim murid daripada Tahun 6 Akhdar. Penyampaian hadiah disampaikan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati bte Ahmad. Aktiviti kemudiannya diteruskan lagi dan dibukakan secara spontan kepada murid-murid yang ingin ikut serta.