Ceramah Motivasi Hafazan Al-Quran

17 FEBRUARI 2011, KHAMIS - SURAU SPABSB
Artikel oleh Razanah, Foto oleh Afiqah

Di surau SPABSB telah berlangsung ceramah motivasi 'ke arah celik hafazan al-quran bagi murid-murid Tahun 5 dan 6' yang dianjurkan oleh Mahasiswi Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah sesi 2010-2011.

Mahasiswi Diploma Perguruan Ugama Lepasan Ijazah
Acara bermula dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman dan diteruskan dengan ceramah motivasi yang disampaikan oleh penceramah undangan Ustaz Mohamad Hashim bin Hj Abdullah, tenaga pengajar di Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bokiah.

Ustaz Mohammad Hashim bin Haji Abdullah
Acara kemudiannya diikuti dengan sesi soal jawab dan aktiviti kuiz. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada penceramah undangan yang disempurnakan oleh Cikgu Abd Hamid bin Hj Md Yamin, dan bacaan doa selamat yang dibacakan oleh penceramah undangan Ustaz Mohamad Hashim bin Hj Abdullah.