Aktiviti Jabatan Bahasa Arab

RABU, 2 MAC 2011 - SURAU SPABSB
Artikel oleh Syasya, Foto oleh Dk Syafiqah

Pada Hari Rabu yang telah lalu, Jabatan Bahasa Arab telah mengadakan aktivitinya bertempat di Surau SPABSB pada sebelah petang. Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Azman bin Haji Jaya.

tenaga-tenaga pengajar Jabatan Bahasa Arab

Aktiviti Jabatan Bahasa Arab pada hari tersebut telah dipengerusikan oleh salah seorang tenaga pengajar Ustazah Martiniwati bte Haji Ahmad. Murid-murid mula-mula diperkenalkan dengan beberapa perbendaharaan kata yang baru sebelum menyaksikan tontonan video animasi yang menceritakan tentang sekumpulan binatang purba 'Dinasour".

Ustazah Martiniwati binti Haji Ahmad

Murid-murid kemudiannya diajukan dengan beberapa soalan, dan yang berjaya menjawab dengan betul kemudiannya menerima hadiah yang disampaikan oleh Ketua Jabatan Bahasa Arab Ustazah Hjh Nordiah bte Japar.

Ketua Jabatan Bahasa Arab Ustazah Hjh Nordiah binti Japar