Program Fardhu Ain, Taharah dan Solat I

SELASA, 1 FEBRUARI - SPABSB
Artikel oleh Nuriwani Foto oleh Haneezah

Di SPABSB telah berlangsung satu program yang dinamakan Program Fardhu Ain, Taharah dan Solat selama dua hari disebelah petang bermula jam 1:45 petang sehingga 3:30 petang. Murid-murid yang terlibat terdiri daripada murid-murid Tahun 5 sahaja.

murid-murid menunggu giliran untuk melakukan wudhu'
Program ini telah dikendalikan oleh Jabatan Amali Ugama SPABSB.

guru pengawas sedang memberikan penerangan sebelum melakukan wudhu'
Pada hari pertama, murid-murid melakukan aktiviti praktikal wudhu' sambil diawasi oleh guru-guru pengawas yang dilantik. Objektif utama program ini ialah agar murid-murid dapat melakukan wudhu' beserta dengan doa dengan cara yang betul dan sempurna.

guru pengawas sedang memerhatikan murid melakukan wudhu'