Pertandingan Dikir Syarafil Anam

12 FEBRUARI 2011, SABTU - SURAU SPABSB
Artikel oleh Alya, Foto oleh Evie dan Syasya


Jabatan Pengajian Islam Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Bahagian Ko-Kurikulum telah menganjurkan Pertandingan Dikir Syarafil Anam buat kali yang ke 16 bertempat di Surau SPABSB. SPABSB telah menjadi tuan rumah bagi acara pertandingan ini yang bertujuan untuk mencari wakil bagi Sekolah-Sekolah Arab.

Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman
Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat oleh Ustaz Hj Rosdiman bin Hj Duraman. Pertandingan telah dibahagikan kepada (2) dua kategori; Lelaki dan Perempuan. Kategori lelaki memperlihatkan kumpulan daripada Sekolah Persediaan Arab Temburong, Ma'had Islam Brunei Tutong, SMALHB dan Sekolah Arab Belait, manakala kategori perempuan pula terdiri daripada SPABSB, SUAMPRIPAD, Sekolah Persediaan Arab Temburong dan Sekolah Arab Belait.

Peserta tuan rumah SPABSB
Pertandingan tersebut telah dihakimi oleh hakim-hakim jemputan yang terdiri daripada;
Cikgu Azman Bin Hj Osman (Hakim suara/lagu) dari SU PAP Umi Kalsum Al-Islam (pagi) Kg Mulaut, Cikgu Asmadi Bin Haji Ahmad (Hakim fasih/lancar) dari SU Pulaie (petang), Cikgu Shahrum Bin Hj Abd Latif (Hakim tertib/teknik persembahan) dari Unit Kajian, Latihan dan Dermasiswa Bahagian Professional JPI KHEU dan Cikgu Rosdiana Bte Awg Tengah (selaku Ketua hakim) dari SPABSB.

Barisan hakim-hakim jemputan
Berikut adalah keputusan bagi Pertandingan tersebut;

Kategori Lelaki
1) Sekolah Persediaan Arab Temburong.
2) Sekolah Arab Belait.
3) Ma'had Islam Brunei Tutong

Bersama dengan guru pembimbing Ustazah Alimaswati bte Damong Hj Omarali

Kategori Perempuan
1) SPABSB
2) SUAMPRIPAD
3) Sekolah Persediaan Arab Temburong