Majlis Khatam Al-Quran murid-murid Tahun 6

ISNIN, 15 NOVEMBER 2010 - SPABSB
Artikel oleh Azwa, photo oleh Qistena


Seramai 104 murid daripada Tahun 6 telah berjaya menghabiskan bacaan dan mengikuti Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan di surau SPABSB. Acara dimulakan dengan bacaan surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat majlis Ustaz Hj Abd Aziz bin Orang Kaya Maharaja Lela Hj Yussof, Setiausaha Tetap di Jabatan Perdana Menteri.


bacaan doa khatam oleh Nurul Haziqah binti Haji Haslan
Kemudian diikuti dengan bacaan surah-surah oleh murid-murid Khatam Al-Quran yang diraikan. Bacaan Takhtim Al-Quran pula dibacakan oleh gabungan murid-murid tahun 5 dan 6. Manakala bacaan doa khatam dibacakan oleh Nurul Haziqah binti Haji Haslan murid dari Tahun 6 bunni.

murid-murid takhtim yang terdiri dari tahun 5 dan 6
murid-murid dikir yang terdiri dari tahun 5
Majlis penyampaian sijil dan cenderamata disampaikan oleh tetamu kehormat dan diselajurkan dengan bacaan dikir Marhaban oleh murid-murid tahun 5 dan menabur bunga rampai kepada murid-murid khatam yang diraikan. Penyampaian cenderahati kenangan disempurnakan oleh Guru Besar SPABSB Ustazah Hjh Haryati binti Ahmad.



Untuk memberkati majlis, bacaan doa selamat dibacakan oleh Ustaz Pg Hj Mohd Hakimuddin bin Pg Hj Hashim dan seterusnya para jemputan pun beredar menikmati jamuan sambil dihiburkan dengan lagu dan pukulan hadrah .